Analisis GOLD – Eh, Emas Lonjak Semula Lepasi $1,640!

608

Menyambung dagangan pada Selasa, nilai emas menunjukkan peningkatan semula bagi memulakan dagangan pada pembukaan November.

Ini telah menunjukkan situasi perubahan arah harga bagi emas selepas tekanan pengukuhan oleh US dolar pada Isnin semalam menekan harga emas sehingga ke sesi New York.

Nilai emas dijangka akan tidak menentu pada minggu berdepan acara tumpuan mesyuarat FOMC dan juga laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan memacu pergerakan US dolar dalam pasaran.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan corak penurunan diteruskan pada Isnin semalam untuk menutup dagangan Oktober.

Penurunan tersebut dilihat meyambung momentum pada penghujung minggu lalu ketika pelabur telah memperoleh isyarat awal untuk kejatuhan semula emas.

Penurunan harga pada sesi New York semalam telah mencecah ke sekitar 1632.00 sebelum harga melantun semula membuat kenaikan melepasi paras tumpuan 1640.00.

Kenaikan harga diteruskan sehingga memasuki pembukaan sesi Eropah sehingga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga telah berjaya mendaki sehingga ke sekitar ketinggian 1650.00.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, rintangan pada zon 1660.00 akan diuji sebelum harga cuba mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.

Seterusnya paras 1680.00 dilihat akan menjadi sasaran berikutnya pada corak kenaikan yang masih diteruskan harga.

Sementara, jika harga emas kembali menjunam semula di bawah paras 1640.00, penganalisis kekal menjangkakan zon support sekitar 1620.00 akan kembali diuji semula selepas menjadi tumpuan pada dagangan 2 minggu lalu.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan kemudiaannya dijangka untuk mencecah sekitar 1600.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat