Analisis GOLD – Emas Akhirnya Tembus Semula Paras $1,800!

1,089

Selepas sabar menanti, akhirnya pelabur menyaksikan harga emas melonjak lebih tinggi melepasi paras harga $1,800 pada sesi Asia pagi ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semakin jelas menunjukkan perubahan trend bullish selepas kenaikan awal pada minggu lalu.

Dengan pergerakan US dolar yang masih lemah serta sentimen pasaran yang pulih telah menyokong kenaikan lebih tinggi harga emas pada minggu ini.

Namun pelabur tetap berwaspada menantikan perkembangan bagi mata wang US dolar selepas momentum lonjakan pada Jumaat lalu dilihat gagal untuk dikekalkan di awal minggu.

Harga emas telah berjaya mendaki semula di atas paras 1800.00 selepas harga bergerak di bawah paras tersebut selama 2 minggu.

Situasi ini semakin memberikan keyakinan terhadap pelabur untuk menjangkakan pergerakan harga emas pada trend bullish semula.

Kenaikan harga dilihat akan menguji rintangan terhampir pada zon 1820.00 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju zon SBR (support become resistance) 1850.00.

Namun, kejatuhan semula harga di bawah paras 1800.00 akan membuatkan pelabur berhati-hati untuk isyarat awal trend bearish.

Penurunan harga dilihat akan disokong pada zon sokongan sebelum ini sekitar paras 1765.00 sementara penurunan yang diteruskan akan menuju ke paras tumpuan pada 1745.00.

Minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti akan diteliti pelabur untuk petunjuk dasar monetari oleh bank pusat dengan lebih jelas.

Sebarang reaksi terhadap US dolar akan turut mempengaruhi perubahan nilai emas semasa dalam pasaran.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat