Analisis GOLD – Emas Bakal Bersinar Atau Sebaliknya?

2,259

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar masih melihatkan harga ‘merangkak’ perlahan seperti menantikan mangsa pada sesi New York sebentar lagi.

Pelabur semakin berwaspada untuk tidak terperangkap dalam situasi pergerakan drastik harga ketika laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan malam ini.

Dagangan emas dijangka akan turut memberi reaksi menarik ekoran pergerakan korelatif emas terhadap US dolar akan turut mempengaruhi perubahan nilai yang ketara buat logam kuning itu.

Sejak awal minggu lagi, pergerakan harga emas dilihat mendatar selepas paras tertinggi minggu ini dicapai pada Isnin sekitar 1823.00 sementara paras terendah mingguan hampir mencecah 1800.00 pada Selasa lalu.

Menuju ke penghujung minggu harga terus mendatar dan dilihat zon harga 1810.00 menjadi tarikan sementara pelabur sabar menantikan isyarat yang lebih jelas buat pergerakan emas selanjutnya.

Semestinya laporan pekerjaan NFP AS bakal memacu harga di mana pelabur mengharapkan harga emas terus melonjak menutup tirai dagangan minggu ini.

Lonjakan harga dijangka akan menguji zon rintangan pada ketinggian 1830.00 yang menjadi penghalang kenaikan bagi dagangan Julai dan juga awal Ogos lalu.

Berjaya melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga meningkat lebih tinggi menuju zon tumpuan 1850.00.

Berwaspada sekiranya harga emas pamerkan penurunan semula sekiranya bacaan laporan NFP memihak kepada pengukuhan US dolar.

Penurunan awal harga dilihat akan menguji zon sokongan pada 1800.00 terlebih dahulu untuk membendung kejatuhan lebih rendah.

Namun jika impak pergerakan harga terlalu besar, harga yang menjunam melepasi zon 1800.00 boleh mencecah sehingga ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1765.00 dan juga 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat