Emas menunjukkan tanda-tanda untuk berlaku pemulihan pada dagangan di penutup penghujung minggu lalu dengan lonjakan dipamerkan di awal sesi New York.
Ketika US dolar sudah mula menunjukkan pengukuhan semula, nilai emas terus memaparkan penyusutan sepanjang minggu lalu.
Namun, kembali mengukir senyuman di wajah muram pelabur emas sebelum ini berikutan petunjuk yang diperlihatkan di sesi terakhir minggu itu.
Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan penurunan harga sepanjang minggu lalu telah mencecah paras sekitar 1910.00.
Pergerakan harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebelum berlaku lonjakan ketara pada Jumaat.
Harga yang berlegar di sekitar 1920.00 kemudiannya telah melonjak hingga ke paras 1937.00 berikutan penyusutan US dolar yang memberi reaksi kepada terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika yang suram.
Namun lonjakan hanya sementara sebelum harga susut semula menutup dagangan di sesi terakhir itu ke sekitar 1920.00.
Menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini, harga bergerak di atas paras sokongan MA50 perlahan di sesi Asia sebelum pamerkan kenaikan di awal sesi Eropah.
Jika kenaikan diteruskan melepasi zon 1940.00 yang menjadi rintangan buat harga di penghujung minggu lalu, harga seterusnya akan kembali semula ke zon tumpuan 1950.00.
Namun jika harga emas kembali menjunam semula, paras 1920.00 akan menjadi persinggahan awal yang diuji.
Penurunan lebih rendah seterusnya akan melepasi 1910.00 sebelum menuju ke zon support penting 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG