Harga emas terus terperosok lebih dalam ketika menyambung dagangan pada Khamis semalam susulan pengukuhan US dolar yang diteruskan pada sesi New York yang kembali bangkit dari kesuraman sesi-sesi sebelumnya.
Justeru, emas gagal menahan asakan tersebut sehingga jatuh ke paras terendah terbaru lagi dalam tempoh dagangan 3 bulan.
Ini dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan corak penurunan telah dipaparkan bermula dari awal minggu.
Setelah jatuh dari zon 1950.00 harga emas terus mempamerkan penurunan dan sehingga ke sesi New York semalam, harga telah mencecah sekitar 1913.00.
Pergerakan harga pada hari ini (Jumaat) lebih perlahan dengan penurunan sedikit diteruskan ke paras 1910.00 sebelum berlaku lantunan menyambung dagangan ke sesi Eropah ke sekitar 1920.00.
Harga yang kekal berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu menjangkakan pergerakan trend bearish akan diteruskan lagi.
Sesi New York dijangka akan lebih memaparkan kerancakan harga sebelum dagangan pada minggu ini melabuhkan tirainya.
Jika penurunan diteruskan, harga dilihat akan menuju paras sasaran utama pada 1900.00 yang berpotensi menjadi paras sokongan buat emas.
Paras tersebut kali terakhir dicecah adalah pada pertengahan Mac yang lalu sebelum harga memecah rekod tertinggi sepanjang masa pada awal Mei.
Untuk jangkaan jika berlaku kenaikan harga semula, melepasi paras 1930.00 dan juga halangan MA50 akan mendorong lantunan lebih tinggi untuk menuju semula ke zon 1950.00.
Pelabur juga akan bersedia untuk isyarat perubahan trend bagi emas selain berdepan risiko aktiviti pengambilan untung di penghujung minggu yang boleh membuatkan pergerakan harga yang tak menentu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG