Pergerakan harga emas masih lagi mendatar pada awal minggu semalam, tidak menunjukkan arah yang jelas sementara pasaran terus menantikan petunjuk yang baru.
Pasaran Amerika Syarikat (AS) yang ditutup bersempena cuti Labor Day semalam juga membuatkan pergerakan mata wang US dolar mendatar selepas pamerkan pergerakan ketara pada Jumaat lalu dengan reaksi laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan.
Oleh itu, US dolar yang mempengaruhi turun naik nilai emas dalam pasaran turut memberi kesan pergerakan mendatar bagi logam kuning itu.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kekal berlegar di bawah zon 1950.00 yang gagal ditembusi setelah diuji pada Jumaat lalu.
Setelah menutup dagangan sesi New York sekitar 1938.00, harga yang menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa) masih mendatar di sekitar itu sebelum terdapat sedikit penurunan diperlihatkan di sesi Eropah.
Isyarat bearish masih dinilai berikutan harga tetap bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Jika harga susut di bawah paras 1930.00, ini akan menjadi petanda untuk penurunan lebih rendah harga bakal diteruskan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1920.00.
Sebaliknya, sekiranya harga emas berjaya melonjak semula, halangan MA50 akan cuba dilepasi sebelum paras rintangan 1950.00 bakal diuji kembali.
Kenaikan lebih tinggi yang berjaya menembusi paras itu akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu buat emas dan meneruskan trend bullish sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG