Analisis GOLD – Emas Bergelut Untuk Berada Di Atas $2,000 Semula!

665

Emas semakin didagangkan suram pada pembukaan pasaran awal minggu ini apabila menyaksikan harga logam kuning itu susut di bawah paras $2,000 semula.

Ini didorong oleh pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar susulan bacaan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan baik pada Jumaat lalu.

Justeru, pengukuhan US dolar sedikit memberi tekanan kepada emas yang telah cemerlang melonjak pada minggu lalu.

Pergerakan harga diterjemah pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan corak penurunan penghujung minggu lalu diteruskan lagi semalam.

Semakin menambah gelisah pelabur, harga emas mula bergerak turun di bawah paras 2000.00 dengan isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Namun, menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga kembali meningkat dan bergelut untuk melepasi paras 2000.00 selain turut menguji halangan MA50 pada awal sesi Eropah.

Sekiranya harga cemerlang melepasi halangan berikut, jangkaan lebih positif untuk harga meneruskan kenaikan semula menuju semula ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 2032.00.

Jika berjaya teruskan kenaikan lebih tinggi lagi, harga akan terus memburu rekod tertinggi terbaru sejak dagangan Mac 2022 yang dahulunya mencapai paras 2070.00.

Namun, sebaliknya jika harga emas kembali menjunam semula di bawah paras 2000.00, corak bearish akan dikekalkan dengan sasaran harga boleh mencecah ke zon sokongan pada 1950.00.

Seterusnya, paras tumpuan pada 1900.00 akan dijangkakan menjadi tumpuan berikutnya jika harga emas terus menjunam ke dasar.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat