Setelah harga emas susut pada dagangan Selasa lalu, reaksi menarik pergerakan harga komoditi itu terus dipertontonkan kepada pelabur semalam.
Ini berikutan reaksi pasaran terhadap keterangan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Washington semalam yang dilihat gagal memberi suntikan tambahan bagi pengukuhan US dolar.
Penyusutan semula US dolar membuatkan dagangan emas sedikit lega daripada terus alami kejatuhan berpanjangan minggu ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga mendatar di zon 1935.00 di sesi Asia semalam setelah terjunan ketara harga pada hari sebelumnya.
Penurunan dipaparkan lagi ke paras terendah di sesi New York semalam ketika pasaran memberi reaksi awal terhadap ucapan Powell yang mengulangi mesej bernada hawkish untuk dasar monetari.
Harga jatuh mencecah 1920.00 untuk catatan terendah terbaru 3 bulan, namun kembali melantun semula ke sekitar 1935.00.
Harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD dan kembali memaparkan corak penurunan hari ini (Khamis).
Sekiranya harga menyambung penurunan dan melepasi paras terendah dicecah semalam, harga emas berkemungkinan boleh jatuh sehingga ke paras 1900.00.
Paras ini bakal menjadi support buat harga setelah kali terakhir harga berlegar di sekitar tersebut adalah pada pertengahan Mac yang lalu.
Namun jika sebaliknya emas berjaya membuat lonjakan dan melepasi halangan MA50, ini akan menjadi petanda awal perubahan trend menaik untuk emas semula.
Zon 1950.00 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji harga semula sebelum menuju ke paras rintangan sebelum ini sekitar 1960.00 dan 1970.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG