Emas mengakhiri dagangan sesi Asia hari ini untuk pembukaan awal minggu dengan prestasi sedikit mengecewakan apabila gagal untuk paparkan kenaikan harga.
Jika diperhatikan, menuju dagangan ke penghujung minggu lalu, harga emas berjaya pulih semula selepas kejatuhan yang berlaku dari awal minggu hampir mencecah paras $2,000.
Situasi pergerakan emas itu dipengaruhi oleh perubahan prestasi US dolar ketika unjuran dasar monetari Federal Reserve (Fed) terus diperhatikan.
US dolar yang mengukuh di awal minggu lalu menekan harga emas jatuh, namun momentum raja mata wang itu yang sedikit suram di penghujung minggu memberi ruang untuk harga emas meningkat semula.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang susut hampir menyentuh paras 2000.00 dilihat meningkat semula sehingga Jumaat lalu mencapai ketinggian 2039.00.
Namun, di penutup sesi terakhir minggu itu menyaksikan harga berundur sedikit ke sekitar 2030.00 iaitu zon yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.
Pergerakan harga telah memberi isyarat bullish setelah berada di atas sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, namun penurunan harga yang dipaparkan hari ini dilihat menguji garisan itu di sesi Eropah.
Jika harga berjaya melantun naik semula, paras ketinggian dicapai Jumaat lalu berkemungkinan akan diatasi harga.
Seterusnya, paras 2050.00 pula akan jadi tumpuan sebagai rintangan penting untuk diuji selepas harga memulakan terjunan dari sekitar itu minggu lalu.
Sementara, jika penurunan harga di sesi Asia pagi ini diteruskan ke sesi-sesi berikutnya, harga berkemungkinan boleh mencecah semula ke zon 2000.00.
Dan tidak mustahil untuk harga jatuh lebih rendah di bawah paras itu sekiranya tekanan terus diberikan kepada dagangan emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG