Analisis GOLD – Emas Bertahan Di Atas Paras $1,810, Petanda Baik?

1,067

Harga emas masih bertahan di atas paras $1810.00 daripada jatuh lebih rendah dan pelabur melihat petunjuk awal untuk isyarat kenaikan harga semula bagi komoditi berharga itu.

Pergerakan bercampur US dolar sejak awal minggu juga mempengaruhi pergerakan perlahan nilai emas dalam pasaran membuatkan pelabur tambah berjaga-jaga.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan zon 1810.00 menjadi zon sokongan selepas penurunan berlaku di penghujung sesi dagangan minggu lalu.

Selepas mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, dagangan pada hari ini (Rabu) yang mula meningkat di atas paras tersebut memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish semula.

Namun pelabur kekal berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat yang dijangka akan memberi impak besar terhadap pergerakan emas.

Sekiranya harga bergerak lebih tinggi semula, zon rintangan pada 1830.00 bakal diuji sekali lagi selepas minggu lalu kenaikan harga gagal melepasinya.

Jika harga berjaya tembus zon tersebut, kenaikan lebih tinggi bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) tumpuan pada 1850.00.

Sebaliknya jika harga emas susut lebih rendah dan paras 1810.00 gagal menahan momentum penurunan harga, zon 1800.00 akan kembali diuji.

Pelabur ingin melihat sama ada zon tersebut masih mampu menyokong semula kenaikan harga seperti yang dipamerkan pada dagangan minggu-minggu kebelakangan ini.

Jika harga menjunam rendah di bawah 1800.00, jangkaan harga emas bakal susut sehingga ke paras tumpuan sekitar 1765.00 dan 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat