Analisis GOLD – Emas Capai Kenaikan Ke Zon $1,970, Tapi Susut Semula Ke Sekitar $1,950

913

Nampaknya emas belum bersedia sepenuhnya untuk didagangkan lebih kukuh apabila kenaikan harga yang dipaparkan pada sesi Eropah kembali kecundang membuat penurunan semula di sesi New York.

Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukir nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya bergerak melepasi rintangan pada 1950.00 semalam sebelum paras ketinggian dicapai pada 1970.00, menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Pelabur kini sedang berwaspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan mempengaruhi pergerakan emas semasa.

Penurunan semula harga pada carta XAU/USD semalam walau bagaimanapun masih menunjukkan pergerakan dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) juga, harga dilihat kembali bergerak di atas paras 1950.00 namun pada momentum yang lemah.

Sekiranya harga berjaya melonjak mengatasi zon SBR 1970.00, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga emas mencapai sasaran ke paras 2000.00.

Namun jika harga emas menjunam lebih rendah selepas gagal bertahan, penurunan di bawah paras sokongan MA50 memberi petunjuk untuk perubahan trend bearish buat emas.

Kemudiannya harga dijangka untuk susut menuju ke paras support pada 1900.00 setelah beberapa minggu zon tersebut berjaya menghalang kejatuhan emas lebih rendah.

Penurunan lebih rendah yang masih diteruskan dilihat akan mencecah ke paras 1870.00 untuk menguji pula zon tumpuan tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat