Analisis GOLD – Emas Capai Sasaran $1,950 Tapi Gagal Tembus Lebih Tinggi

603

Nilai emas pada dagangan minggu lalu berjaya mencapai zon sasaran $1,950 mengambil kesempatan ke atas mata wang US dolar yang masih ‘terluka’.

Dengan jangkaan mesyuarat FOMC untuk kadar faedah dinaikkan sebanyak 25 mata asas pada minggu ini, menunjukkan langkah yang semakin jelas Federal Reserve (Fed) sedang memperlahankan pengetatan dasarnya sebelum ini.

Selain itu juga, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di penghujung minggu juga diramalkan suram untuk bacaan bulan Januari.

Situasi yang akan mendorong penyusutan lanjut US dolar ini bakal memberi kelebihan kepada aset logam kuning untuk terus meningkat nilai.

Namun, jika diperhatikan pada dagangan penutup minggu lalu, harga emas gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi sebelum mendatar sedikit rendah semula.

Jika diperhatikan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan pada sesi New York Rabu lalu menuju paras 1950.00.

Namun, paras tersebut dilihat menjadi rintangan terkini buat harga apabila harga kembali susut semula ke sekitar 1920.00.

Menyambung dagangan di awal minggu ini, harga dibuka di sekitar 1928.00 meneruskan pergerakan mendatar minggu lalu.

Pelabur menilai isyarat bearish untuk emas apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Sekiranya kenaikan semula harga berjaya diteruskan minggu ini, rintangan 1950.00 akan terus diuji untuk ditembusi.

Melepasi rintangan itu bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 9 bulan menuju ke sasaran 2000.00.

Namun jika suasana lebih muram buat emas minggu ini, corak penurunan harga berkemungkinan bakal dipamerkan.

Harga bakal susut ke zon RBS (resistance become support) 1900.00 sebelum menyambung penurunan lanjut pula ke zon tumpuan sebelum ini pada 1870.00.

Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat