Analisis GOLD – Emas Catat Paras Terendah 2022, Cecah Paras Harga $1,764

1,208

Menambah duka buat pelabur, emas tergelincir ke paras terendah 7 bulan susulan tekanan pengukuhan US dolar menjelang terbitan data tinjauan sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dan minit mesyuarat FOMC pada sesi New York.

Risiko kemelesetan ekonomi global telah mengukuhkan nilai US dolar, namun gagal untuk menyokong lonjakan emas ekoran pelabur dilihat lebih memilih untuk pegangan tunai berbanding aset safe-haven emas.

Jangkaan peningkatan kadar faedah yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) juga kekal menjadi faktor tambahan untuk terus menyokong US dolar sehingga mendorongnya mencecah paras ketinggian terbaru 20 tahun pada dagangan Selasa semalam.

Pelabur akan meneliti laporan minit mesyuarat FOMC yang bakal diterbitkan awal pagi Khamis nanti untuk mendapatkan isyarat lebih jelas mengenai kenaikan kadar faedah pada mesyuarat yang akan datang.

Sebelum itu, pelabur juga akan memerhatikan data tinjauan perkhidmatan AS dahulu untuk dijadikan petunjuk kepada laporan data pekerjaan NFP AS yang bakal diterbitkan pada penghujung minggu (Jumaat).

Merhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pada sesi Eropah bersambung ke sesi New York semalam harga logam kuning telah menjunam hampir 500 pips sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Harga pada mulanya bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD di sesi Asia semalam kemudiannya telah membuat penurunan di sesi Eropah selepas isyarat pergerakan bearish tersebut dan menyambung kejatuhan lebih parah di sesi New York.

Penurunan awal yang melepasi paras penting 1800.00 dilihat susut lebih rendah sehingga turut melepasi paras terendah yang dicecah pada penurunan Jumaat lalu di zon 1785.00 sehingga harga mencecah ke paras terendah terbaru di penghujung sesi New York sekitar 1764.00.

Zon support pada 1760.00 dilihat bakal diuji untuk jangkaan corak penurunan yang akan dilanjutkan untuk harga emas catatkan paras terendah bagi dagangan tahun ini.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan melepasi zon tersebut dijangkakan pula bakal menuju ke zon support 1720.00 setelah kali terakhir harga menyentuh paras tersebut pada September tahun lalu.

Sebaliknya jika kenaikan harga emas berlaku semula, harga berkemungkinan akan menguji dahulu rintangan pada zon 1785.00 sebelum kenaikan yang lebih tinggi diteruskan akan kembali semula ke zon tumpuan harga 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat