Seperti yang dijangkakan penganalisis dan semakin membebani para pelabur emas, harga logam kuning itu semakin merosot ke paras lebih rendah lagi pada Khamis semalam.
US dolar masih lagi menjadi tarikan pelabur dalam suasana pasaran yang berisiko, berbanding emas yang juga dikategori sebagai aset safe-haven.
Pergerakan harga dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Harga yang berlegar perlahan sejak sesi Asia di atas paras 1890.00 kemudiannya papar lonjakan di sesi Eropah menyambung pembukaan di awal sesi New York.
Setelah menguji paras penting pada 1900.00, harga dilihat gagal untuk mengatasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut memberi isyarat pergerakan yang masih bearish.
Penurunan harga dipamerkan semula menuju ke penghujung sesi New York dengan paras terendah terbaru dicatatkan mencecah 1885.00.
Harga sedikit melantun semula dari paras tersebut menyambung ke dagangan hari ini (Jumaat) dan kekal berlegar di bawah halangan MA50 sehingga setakat sesi Eropah.
Pergerakan harga dijangka akan lebih rancak pada sesi berikutnya sebagai penutup dagangan minggu ini.
Jika harga mengekalkan corak bearish, penurunan harga berkemungkinan boleh melepasi support semasa 1885.00 sebelum melanjutkan penurunan lebih rendah.
Sasaran adalah untuk menuju paras tumpuan seterusnya yang berada pada 1870.00.
Namun, jika harga melonjak melepasi halangan MA50 dan tembusi paras 1900.00, pelabur perlu berhati-hati dengan isyarat awal perubahan trend harga emas.
Kenaikan boleh diteruskan semula ke paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1920.00 yang masih kekal menjadi rintangan buat harga.
Lihar gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG