Analisis GOLD – Emas Jatuh Dari $2,000 Tapi Bertahan Di Atas $1,950

641

Ada pergerakan menarik harga pada dagangan emas semalam?

Kebimbangan pasaran terhadap krisis perbankan global yang sedikit mereda di awal minggu dilihat mengurangkan tarikan terhadap aset safe-haven termasuk emas.

US dolar pula didagangkan lemah sejak pembukaan dagangan awal minggu ini ketika perkembangan krisis diperhatikan dan prospek penamatan pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed).

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga di awal minggu dilihat berlegar di atas zon 1950.00 setelah harga menyusut turun dari paras ketinggian 2000.00 dicapai minggu lalu.

Meniti di paras 1950.00 semalam, harga kemudiannya memaparkan kenaikan di sesi New York menunjukkan peningkatan emas mencapai paras sekitar 1975.00.

Harga yang turut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi indikasi untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Namun, dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu) menyambung hingga ke sesi Eropah menyaksikan harga emas memaparkan penurunan semula ke sekitar 1960.00.

Jika kenaikan berjaya diteruskan kembali, berkemungkinan paras 1975.00 yang dicapai sebelum ini mampu diatasi sebelum harga menuju semula sasaran paras 2000.00.

Harga emas akan catatkan paras ketinggian terbaru jika rintangan 2000.00 berjaya ditembusi minggu ini.

Waspada sekiranya harga terus jatuh lebih rendah hingga ke zon 1950.00 semula di mana pelabur akan meneliti sebarang petunjuk untuk pergerakan bearish emas.

Harga yang melanjutkan penurunan dilihat bakal menuju ke paras 1900.00, antara paras penting yang menjadi tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Seterusnya, paras 1870.00 bakal jadi sasaran berikutnya jika harga emas menyambung penurunan lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat