Perubahan pada dagangan mata wang US dolar pada Selasa semalam telah mempengaruhi pergerakan bagi harga emas semasa.
Dan ia bukanlah sesuatu yang positif buat pelabur.
Harga emas terperosok jatuh susulan pengukuhan US dolar yang disokong oleh terbitan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan keseluruhannya catat bacaan angka yang memberangsangkan.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga yang berlegar di sekitar bawah paras 1930.00 dilihat tidak berjaya untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.
Selepas reaksi pada data yang diterbitkan di sesi New York, harga dilihat mula susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu yang menjadi isyarat awal untuk penurunan akan berlaku.
Setelah jelas harga menjunam melepasi 1920.00, harga telah mencecah ke sekitar 1911.00 di penghujung sesi menguji zon sokongan minggu lalu itu.
Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu) di sekitar 1915.00 sebelum mula diperlihatkan penurunan pada awal sesi Eropah untuk melepasi sokongan harga semalam.
Penurunan lanjut harga dilihat akan diteruskan menuju zon tumpuan pada 1900.00 seperti yang dijangkakan penganalisis sebelum ini.
Harga emas juga akan catatkan paras terendah terbaru 3 bulan jika penurunan terus berlaku.
Sementara, jika berlaku perubahan arah harga semula, harga yang membuat kenaikan akan cuba melepasi 1920.00 sebelum menguji zon rintangan pada 1930.00.
Seterusnya, sasaran untuk kenaikan yang diteruskan adalah untuk mencapai semula zon 1950.00 yang menjadi zon tumpuan penting buat harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG