Pelabur tak senang duduk tengok pergerakan harga emas di sesi New York semalam yang agak rancak susulan reaksi pasaran terhadap data yang diterbitkan.
Ekoran pergerakan emas yang dipengaruhi oleh US dolar, data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York telah memberi impak.
Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi AS untuk suku pertama mencatatkan lonjakan angka yang mengejutkan, memberi reaksi positif terhadap pergerakan US dolar dalam pasaran.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menjunam ketika reaksi awal data diterbitkan yang menyokong pengukuhan US dolar.
Harga emas susut mencecah hingga sekitar 1893.00, menandakan kejatuhan pertama kali emas di bawah paras 1900.00 sejak pertengahan Mac lalu.
Namun, harga emas tidak menunggu lama untuk melantun semula sehingga ke paras 1913.00 dan dilihat menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Malangnya harga gagal melepasi halangan itu dan mendatar perlahan hingga menutup dagangan di penghujung sesi New York sekitar 1908.00.
Harga kekal bergerak perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat).
Jika sekiranya harga emas masih melanjutkan penurunan di sesi-sesi akhir ini, paras 1900.00 akan cuba dilepasi sekali lagi untuk catatkan paras terendah terbaru lagi.
Sasaran seterusnya adalah menuju hingga ke sekitar 1800.00 yang turut menjadi paras tumpuan penting harga.
Sebaliknya, jika berlaku lonjakan di penutup minggu ini, harga akan disasarkan untuk menuju semula sekitar 1920.00.
Untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, zon sekitar 1932.00 yang menjadi rintangan sebelum ini adalah tumpuan berikutnya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG