Menarik pergerakan harga emas yang dipaparkan sejak semalam sehinggalah keputusan mesyuarat FOMC diketahui pasaran.
Mari teliti apa yang terjadi pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menuju dagangan ke penghujung minggu ini.
Pada mulanya berlaku lonjakan harga di awal sesi New York semalam susulan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan lemah menyusuli bacaan inflasi pengguna yang diterbitkan pada Selasa.
Harga melepasi paras 1950.00 dan berjaya naik ke sekitar ketinggian 1960.00.
Namun, terjunan ketara harga dipamerkan selepas mesyuarat FOMC sehingga ke penutup sesi New York.
Federal Reserve (Fed) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah, namun memberi isyarat untuk menaikkan kadar faedah beberapa kali selepas ini menuju penghujung 2023.
US dolar yang melemah pada mulanya telah mengukuh kembali berikutan reaksi terhadap mesej hawkish dari Fed itu.
Setelah mencecah sekitar 1940.00, harga emas menyambung lagi penurunan di sesi Asia pagi ini (Khamis) sehingga ke pembukaan sesi Eropah.
Paras terendah terbaru 3 bulan telah dicatatkan dengan harga mencecah sekitar 1930.00 dengan jangkaan penurunan akan diteruskan di sesi-sesi berikutnya.
Setelah berjaya melepasi paras terendah pada penghujung Mei lalu, kini sasaran harga adalah untuk menuju ke zon tumpuan pada 1900.00 semula.
Kali terakhir harga didagangkan di paras tersebut adalah pada pertengahan Mac yang lalu.
Namun, jika harga emas membuat lantunan semula, paras 1950.00 dilihat akan menjadi tumpuan untuk diuji dan berpotensi menjadi rintangan sementara.
Jika melepasinya, bakal ada isyarat untuk pergerakan bullish diteruskan semula dengan paras rintangan sebelum ini sekitar 1970.00 akan cuba untuk dicapai harga.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG