Seperti awal minggu lepas juga, dagangan pembukaan awal minggu ini seakan serupa untuk emas dengan memaparkan kejatuhan harga yang agak ketara.
Selepas pasaran berkocakan ketika reaksi data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat lalu, harga emas dilihat dibuka di bawah paras $2,050 di awal minggu semalam.
US dolar yang menjadi faktor memacu pergerakan emas dilihat masih gagal memberikan arah yang jelas susulan pandangan terhadap penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed) untuk tahun 2024 ini masih bercampur-campur.
Data inflasi AS yang bakal diterbitkan minggu ini pula akan menjadi kunci penting bagi petunjuk seterusnya dan mempengaruhi pergerakan pasaran selanjutnya.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang dibuka di bawah paras 2050.00 di sesi Asia semalam terus mengalami penurunan sehingga ke sesi Eropah mencecah paras terendah harian sekitar 2017.00.
Berlaku sedikit lantunan ketika mata wang US dolar melemah di awal dagangan sesi New York, memberi ruang untuk emas ‘bernafas’ semula.
Kenaikan harga sekadar menghampiri paras 2036.00 dan kekal dilihat bergerak dalam trend bearish di mana harga masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan hari ini melepasi halangan MA50, ini akan menjadi petunjuk lebih positif buat emas dengan kecenderungan untuk meningkat lebih tinggi.
Paras 2050.00 bakal menjadi tumpuan semula sebagai rintangan awal untuk diuji harga jika kenaikan berlaku.
Seterusnya, sasaran akan beralih pula pada sekitar 2070.00 sementara faktor-faktor semasa yang berlegar dalam pasaran akan menjadi kewaspadaan pelabur.
Jika situasi semasa pasaran kekal memberi tekanan kepada emas, pergerakan bearish seperti awal minggu bakal diteruskan lagi.
Harga boleh susut lebih rendah melepasi paras semalam 2017.00 dan menyambung penurunan menuju zon penting pada 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG