Analisis GOLD – Emas Kembali Bertahan Di Atas $2,030?

802

Perubahan pada pergerakan harga emas semalam mengukir kembali senyuman di wajah para pelabur.

Ini disebabkan harga emas menunjukkan peningkatan semula pada Selasa semalam selepas alami terjunan yang ketara sejak Jumaat lalu hingga pembukaan awal minggu Isnin lalu.

US dolar yang kehilangan momentum pengukuhannya semalam telah dimanfaatkan peluang oleh emas untuk meningkat separuh dari kejatuhan sebelum ini.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang menjunam dari Jumaat lalu ke bawah 2050.00 telah melepasi zon 2030.00 pada awal minggu hingga mencecah paras sekitar 2015.00.

Namun pada Selasa semalam harga tidak menyambung penurunan, sebaliknya pulih semula untuk bergerak naik melepasi zon 2030.00.

Paras 2038.00 dicapai pada sesi New York.

Harga emas menunjukkan pergerakan perlahan ke zon 2030.00 di sesi Eropah hari ini (Rabu) namun dilihat masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Jika harga menyambung kenaikan semula pada sesi-sesi berikutnya, berkemungkinan paras tumpuan pada 2050.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Jika melepasinya, kenaikan seterusnya akan cuba untuk mengatasi paras ketinggian minggu lalu sebelum menuju pula paras 2070.00.

Sebaliknya jika harga emas jatuh semula di bawah zon 2030.00, pelabur terpaksa bersedia semula untuk kejatuhan menuju ke paras tumpuan 2000.00.

Namun, paras yang dicecah pada awal minggu sekitar 2015.00 itu harus dilepasi terlebih dahulu untuk teruskan pergerakan bearish yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat