Dagangan emas pada penutup minggu lalu berjaya diakhiri dengan prestasi cemerlang apabila harga berjaya menyentuh paras jangkaan $2,070.
Faktor yang mendorong kenaikan tersebut berlaku adalah penyusutan mata wang US dolar yang disebabkan oleh terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang suram.
Bacaan terakhir pertumbuhan ekonomi AS suku ketiga menurun dan data indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS juga lebih rendah berbanding ramalan.
Ini kembali menambah tekanan semula kepada US dolar dan meningkatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) beralih menuju ke arah pelonggaran dasar monetari.
Lantas situasi tersebut juga telah memberi kelebihan kepada emas yang akhir menyaksikan kenaikan harga berjaya melepasi paras rintangannya.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat terhalang di paras 2050.00 sehinggalah akhirnya berjaya ditembusi pada kenaikan Jumaat lalu.
Kenaikan diteruskan menuju paras jangkaan iaitu 2070.00, namun sebaik sahaja harga menyentuh paras penting itu, penurunan berlaku semula.
Harga berundur kembali ke sekitar 2050.00 sebelum harga yang menyambung dagangan pada Selasa sedikit meningkat untuk menuju semula ke paras 2070 tersebut.
Pergerakan harga masih bullish bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Kenaikan harga jika diteruskan mengatasi paras 2070.00, paras 2080.00 berkemungkinan akan turut dilepasi harga.
Atau adakah harga akan menyentuh kembali ketinggian sepanjang masa sekitar 2144.00 yang dicapai pada awal Disember lalu?
Penurunan harga jika terbenam semula di bawah paras 2050.00 akan membuatkan pelabur berwaspada untuk kejatuhan lebih rendah emas selepas ini.
Penurunan boleh diteruskan ke sekitar 2030.00 atau lebih rendah lagi ke zon tumpuan pada 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG