Harga emas melantun naik semula pada dagangan Jumaat lalu ketika sesi terakhir minggu ini menjadi penutup Jun dan menamatkan suku kedua 2023 tahun ini.
Sebelum berlaku lantunan tersebut, harga emas telah memaparkan corak penurunan sepanjang minggu di samping ditekan oleh faktor pengukuhan mata wang US dolar.
Dengan isyarat hawkish diulangi Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell selain data pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh, emas ditekan jatuh sehingga ke paras harga $1,900.
Jika diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, paras 1900.00 menjadi zon penting diuji namun harga masih berjaya bertahan berada di atasnya.
Pada Jumaat, penyusutan US dolar berlaku menyaksikan harga emas kembali melonjak dari 1900.00 hingga ke paras 1920.00 sebelum perlahan menutup dagangan sesi terakhir tersebut di sekitar itu.
Setelah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu, penganalisis memberi amaran waspada untuk pelabur dengan isyarat awal perubahan harga itu.
Sekiranya harga emas berjaya melepasi paras 1900.00 minggu ini, kenaikan harga berkemungkinan akan dipacu ke paras lebih tinggi.
Sasaran adalah untuk melepasi zon 1940.00 dan menuju semula zon tumpuan yang berada pada ketinggian 1950.00.
Sebaliknya jika lonjakan penghujung minggu lalu hanya sementara, harga bakal susut semula menghampiri zon support semasa pada 1900.00.
Jika harga membuat penurunan lebih rendah menembusi 1900.00, harga dijangka boleh susut lagi dengan sasaran terbaru beralih pula ke zon 1870.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG