Analisis GOLD – Emas Mencanak Tinggi, Tapi Lebih Parah Menjunam

2,235

Dagangan emas juga tidak kurang hebat dalam memberi kejutan kepada pelabur dalam suasana pasaran yang bergelora.

Harga emas pada Khamis semalam telah melonjak sekitar $60 sebelum menjunam semula hampir $100!

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, pelabur emas tersenyum girang menyaksikan harga mendaki tinggi pada sesi Asia dan Eropah semalam.

Paras tertinggi dicapai harga adalah pada sekitar 1974.00, tertinggi dicapai sejak Ogos 2020.

Ini telah melepasi sasaran penganalisis untuk mencapai paras sekitar 1950.00. Kenaikan harga emas didorong oleh kebimbangan pelabur yang mengikuti perkembangan krisis peperangan Rusia dan Ukraine yang mengejutkan dunia semalam dengan aset safe-haven emas menjadi tarikan.

Namun, apa lebih mengejutkan apabila harga emas kembali menjunam pada sesi New York semalam hingga hampir 1,000 pips.

Hal ini adalah susulan reaksi pasaran terhadap langkah kesepakatan para pemimpian dunia yang meningkatkan sekatan ke atas Rusia ekoran tindakan Rusia menyerang Ukraine.

Harga emas kembali menjunam hingga bawah paras 1900.00 dan mencecah paras terendah harian sekitar 1878.00 pada zon RBS (resistance become support) sebelum pantul semula sehingga bersambung pada dagangan Jumaat.

Kenaikan harga walau bagaimanapun dilihat terhad dan harga menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberikan isyarat pergerakan emas selanjutnya sementara perkembangan krisis Rusia-Ukraine terus dipantau.

Untuk jangkaan penurunan harga, zon RBS 1870.00 terus menjadi tumpuan untuk diuji sebelum penurunan diteruskan akan menuju pula zon 1850.00.

Namun jika harga emas kembali melonjak, paras 1950.00 bakal ditembusi lagi dan pelabur ingin melihat sama ada paras ketinggian yang dicapai semalam mampu diatasi sebelum mensasarkan pula sehingga ke paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat