Analisis GOLD – Emas Meningkat Menjelang FOMC, Mampukah Kenaikan Harga Bertahan?

1,643

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat mara lebih tinggi untuk keluar dari zon mendatar 200 pips sebelum ini.

Selepas harga bergerak dalam julat rintangan 17.6500 dan support 1745.00 sejak penghujung minggu lalu bersambung dagangan di awal minggu ini, harga emas dilihat telah melakukan lonjakan pada Selasa semalam.

Emas terus memanfaatkan kesempatan untuk mengukuh berbanding US dolar susulan pelabur semakin berwaspada terhadap pergerakan US dolar menjelang mesyuarat FOMC yang semakin hampir.

Keputusan mesyuarat FOMC akan memberi arah pergerakan harga yang lebih jelas buat emas pada carta XAU/USD untuk dagangan menuju penghujung minggu ini.

Rintangan terhampir yang dilihat bakal diuji harga adalah pada 1785.00 yang membentuk zon minor SBR (support become resistance) yang sebelum ini merupakan paras support harga pada minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon tumpuan 1800.00 yang telah menjadi kawasan ‘magnet’ untuk harga emas untuk beberapa minggu kebelakangan.

Sekiranya kenaikan harga yang dipaparkan gagal diteruskan, harga berkemungkinan bakal menjunam semula di bawah paras 1765.00 yang berjaya dilepasi semalam.

Malah dengan momentum penurunan yang lebih kuat, harga boleh susut lebih rendah sehingga melepasi paras sokongan pada 1745.00 untuk mencatatkan paras terendah yang baru.

Penurunan harga seterusnya bakal menuju ke zon support utama sebelum ini iaitu pada zon harga 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat