Pergerakan emas perlahan pada dagangan pembukaan awal minggu ini dengan menyusur rendah ke paras $1,950.
Dipengaruhi oleh US dolar, emas gagal memaparkan peningkatan harga ketika raja mata wang itu sedikit stabil berbanding penyusutan berterusan di penghujung minggu lalu.
Namun, pelabur perlu berwaspada ekoran pasaran Amerika ditutup sempena Juneteenth Holiday semalam, dan pergerakan sebenar harga mungkin akan bermula hari ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga mendatar perlahan pada Isnin semalam ke sekitar zon 1950.00 dan menutup sesi New York di bawahnya.
Namun, menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini, harga dibuka sedikit tinggi di atas paras 1950.00 namun kekal berlegar di sekitar tersebut sehingga ke penghujung sesi.
Pembukaan sesi Eropah menyaksikan harga sedikit naik menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut dan pelabur memerhati isyarat pergerakan selanjutnya.
Sekiranya halangan MA50 berjaya ditempuhi, harga emas bakal meneruskan kenaikan untuk mengatasi pula paras ketinggian pada Jumaat lalu sekitar 1967.00.
Seterusnya, paras rintangan pada 1970.00 pula akan diuji sebelum harga mencapai ke zon tumpuan 1980.00 pada corak kenaikan yang diteruskan.
Sebaliknya, jika harga kembali susut bergerak turun di bawah paras 1950.00 semula, akan menjadi petanda harga emas lebih cenderung untuk memaparkan pergerakan bearish.
Penurunan akan kembali cuba mencecah semula paras terendah minggu lalu sekitar 1925.00 sebelum berubah sasaran kepada 1900.00 yang mendi tumpuan utama jika harga emas terus merosot.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG