Analisis GOLD – Emas Minggu Ini Nak Naik Ke $1,900 Atau Terjun Ke $1,800?

770

Dagangan emas telah mencatatkan penurunan nilai ke paras terendah pada Jumaat lalu, tapi di sesi terakhir minggu tersebut harga dilihat paparkan lonjakan semula sebelum penutup tirai.

Pelabur akan meneliti pergerakan US dolar pada minggu ini di mana akan terus mempengaruhi turun naik nilai emas semasa.

US dolar masih dijangka untuk terus mengukuh berikutan Federal Reserve (Fed) dilihat masih perlu mengekalkan pengetatan dasar monetari mereka berdasarkan petunjuk data-data ekonomi yang diterbitkan.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah mencecah paras 1820.00 pada penurunan di penghujung minggu lalu.

Namun, kenaikan harga telah diperlihatkan semula melepasi paras 1830.00 dan kemudiannya harga menutup dagangan di sekitar 1842.00 pada sesi terakhir minggu tersebut.

Pergerakan harga telah berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat awal untuk memulakan trend bullish.

Kenaikan dipaparkan pada tempo yang perlahan dengan jangkaan pergerakan yang suram di awal minggu berikutan cuti umum di Amerika Syarikat (AS) sempena Hari Presiden.

Corak kenaikan jika berjaya diteruskan dilihat akan menuju ke zon 1870.00 yang menjadi rintangan pada dagangan minggu lalu.

Melepasi zon tersebut seterusnya akan memacu kenaikan lebih tinggi buat emas menuju paras 1900.00.

Namun jika harga emas menjunam semula di bawah zon 1830.00, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan lebih parah aset logam kuning itu.

Penurunan ke paras terendah terbaru berkemungkinan akan mencecah ke sekitar 1800.00 yang merupakan antara zon tumpuan harga.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat