Berlaku perubahan pada dagangan emas pada semalam dan hari ini (Rabu) berikutan pelabur mula berjaga-jaga dengan berita perkembangan konflik Rusia-Ukraine yang kembali hangat.
Selepas mencapai tempoh 1,000 hari perang berlarutan, Ukraine pada Selasa semalam dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu menggunakan senjata yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Rusia belum lagi membuat serangan balas namun pasaran kini sedang bersiap sedia menantikan situasi tersebut.
Emas meneruskan corak peningkatan nilainya semalam namun mula menunjukkan tanda-tanda awal kejatuhan di sesi Eropah hari ini.
Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Sejak sesi pertama dibuka di awal minggu, harga emas telah paparkan pendakian yang menunjukkan pemulihan harga dari kejatuhan 2 minggu berturut-turut sebelum ini.
Kenaikan diteruskan sehingga semalam ke sesi Asia pagi ini ke sekitar 2640.00, namun harga mula dilihat berundur menuju 2620.00 di sesi Eropah.
Ketika emas dijangka mendapat tarikan pelabur sebagai aset selamat, namun US dolar juga berpotensi kukuh sebagai mata wang safe-haven dan boleh menghadkan peningkatan emas.
Walaupun sedikit berundur turun, namun pergerakan harga dilihat masih bergerak dalam corak bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Sekiranya lonjakan harga dipaparkan semula, pelabur akan menjangkakan kenaikan untuk menuju sehingga ke paras 2670.00 sebelum mensasarkan pula ke sekitar 2700.00.
Ketegangan perang yang semakin memuncak boleh memberi dorongan peningkatan harga emas semula selepas penyusutan berterusan sejak awal November.
Namun, sebaliknya jika harga emas menjunam jatuh di bawah paras 2600.00, ini akan menjadi amaran bahaya kepada para pelabur.
Seterusnya, penurunan lebih rendah harga emas boleh dijangkakan ke zon 2530.00 seperti minggu lalu ataupun lebih rendah lagi.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG