Analisis GOLD – Emas Nak Jatuh Balik Sampai $2,000 Ke?

2,127

Dagangan emas papar pergerakan hambar pada Selasa semalam namun dilihat sedikit pulih menyambung dagangan hingga sesi Eropah petang ini (Rabu).

Jika diperhatikan harga emas masih lagi belum mengurangkan kerugian yang dialami sejak terjunan di awal minggu selepas harga merekodkan paras tertinggi terbaru dalam sejarah.

Ini disebabkan harga emas telah menjunam $130 dari rekod tertinggi sepanjang masa dicapainya itu pada pembukaan sesi Asia awal minggu, pada $2,140.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah jatuh menjunam sejak Isnin lalu dan bersambung semalam mencecah sekitar 2010.00.

Pergerakan harga perlahan sehingga sesi Asia pagi ini dan sedikit meningkat di awal sesi Eropah ke zon 2030.00.

Namun, harga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut yang akan menjadi cabaran untuk harga teruskan kenaikan.

Jika harga berjaya lepasinya, pelabur akan lebih menarik nafas lega berikutan itu akan menjadi isyarat awal untuk harga bergerak dalam trend bullish semula.

Kenaikan akan melepasi beberapa rintangan penting seperti paras 2050.00 dan 2070.00, sebelum cuba untuk mencapai semula ketinggian di awal minggu.

Namun jika halangan MA50 gagal harga atasi, sebaliknya melantun turun ke bawah semula, pelabur akan lebih berwaspada untuk kejatuhan lanjut logam kuning itu.

Paras tumpuan seterusnya adalah pada 2000.00 jika penurunan harga diteruskan dan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan berikutnya.

Pasaran akan menilai data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti yang boleh memberi gambaran awal untuk laporan NFP pada Jumaat.

Data yang dijangka akan memberi impak ketara terhadap US dolar turut dipercayai akan memacu pergerakan harga emas semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat