Dagangan emas terus mengorak langkah untuk catatkan paras ketinggian terbaru lagi di awal minggu ini ketika harga menghampiri sekitar $2,440 semalam.
Pelabur emas semakin optimis menjangkakan harga emas bakal kukuh lagi minggu ini malah berpotensi untuk memecah rekod harga paling tinggi sepanjang masa yang dicatatkan pada Mei lalu.
Ini adalah didorong oleh perubahan pada nada ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang lebih dovish tengah malam semalam.
Powell menyatakan bahawa bank pusat tidak perlu untuk menunggu sehingga inflasi capai sasaran 2% untuk mulakan langkah pemotongan kadar faedah.
Situasi ini telah meningkatkan kecenderungan jangkaan pasaran bahawa Fed semakin hampir untuk menurunkan kadar dalam tempoh terdekat.
Kesannya akan memberikan tekanan terhadap US dolar yang bakal menyusut dan menyokong harga emas untuk meningkat lebih tinggi.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga membuat kenaikan lebih tinggi semalam sehingga menembusi paras 2430.00.
Paras 2440.00 dilihat sebagai rintangan yang diuji harga dan harga kembali menguji sekali lagi pada dagangan di awal sesi Eropah petang ini.
Pergerakan harga kekal bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sejak minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi akan dijangka berterusan lagi untuk harga emas mengekalkan momentum positif itu.
Paras 2450.00 akan menjadi sasaran untuk dicapai di mana paras tersebut menjadi rekod tertinggi harga emas dalam sejarah yang dicapai pada pertengahan Mei lalu sebelum berundur ke paras 2300.00.
Untuk jangkaan jika berlaku penurunan harga semula, susut lebih rendah di bawah garisan sokongan MA50 akan cetuskan isyarat pertukaran trend buat emas.
Penurunan harga yang dilanjutkan akan memberi tumpuan pada beberapa paras penting sebelum ini seperti 2390.00 dan 2350.00 untuk menilai reaksi harga sekitarnya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG