Dagangan pada Rabu sejak awal sesi Asia bermula dipacu oleh sentimen pilihan raya Georgia Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan terhadap mata wang US dolar.
Perubahan nilai US dolar turut memberi kesan terhadap mata wang utama yang lain termasuk juga komoditi seperti emas.
Seperti yang diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar, harga menunjukkan penurunan harga pada sesi Asia berikutan pengukuhan sementara US dolar ketika wakil dari Parti Republik dilihat mendahului kiraan undian.
Namun, keputusan semasa dilihat kembali cenderung berpihak kepada Demokrat walaupun undian belum selesai dan akan bersambung pada hari esok.
Namun buat masa ini US dolar kembali didagangkan susut dan membantu harga emas meningkat semula pada sesi Eropah.
Pelabur masih melihat trend kenaikan harga emas akan diteruskan selepas pembukaan sesi dagangan awal minggu ini yang juga pembukaan dagangan tahun baru melihatkan harga bergerak di atas paras 1900.00.
Harga bergerak lebih mendatar menuju ke penghujung minggu berbanding lonjakan bertenaga pada Isnin.
Penganalisis menjangkakan kenaikan harga emas berpotensi mencecah semula paras 2000.00 seperti pertama kali dilakukan tahun lalu.
Namun berwaspada jika harga emas mengalami kejatuhan semula di bawah paras sokongan 1938.00.
Perubahan trend yang berlaku akan mendorong harga turun menguji semula paras 1900.00 di zon RBS (resistance become support) sebelum pelabur menilai reaksi harga di zon tersebut.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI