Analisis GOLD – Emas Pecut Lagi Menuju Paras $1,900!

1,336

Pasaran sedang memantau perkembangan lanjut berkenaan konflik ketenteraan antara Rusia dan Ukraine dengan laporan terbaru yang memberi khabar kurang menyenangkan kepada pelabur.

Sentimen pasaran dinilai kembali berisiko apabila dilaporkan bahawa Rusia telah menggerakkan 10 pasukan tenteranya berdekatan Ukraine, dan yang terbaru Ukraine dilaporkan telah melancarkan serangan mortar dan bom di beberapa lokasi LPR.

Kebimbangan pelabur yang kembali meningkat bakal menyokong tarikan terhadap aset-aset safe-haven semula dalam suasana pasaran risk-off.

Situasi ini walau bagaimanapun telah menggembirakan para pelabur emas dengan menyaksikan peningkatan nilai emas ke paras terbaru lagi hari ini.

Sebelum ini, dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah susut semula pada Selasa lalu dari paras ketinggian yang dicapai sekitar 1879.00.

Namun, dengan perubahan sentimen pasaran semula, harga emas kembali pamerkan corak kenaikan harga semula melepasi paras 1870.00.

Memberi isyarat positif, harga emas meneruskan kenaikan pada sesi Eropah hari ini mencatatkan paras tertinggi terbaru 8 bulan di sekitar 1890.00 setakat jam 4.45 petang waktu Malaysia.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk menuju ke paras sasaran 1900.00 yang menjadi zon penting diuji harga pada dagangan Mei dan Jun tahun lalu.

Walaupun memberi isyarat untuk meneruskan kenaikan, pelabur tidak menolak sekiranya sentimen pasaran boleh berubah pada bila-bila masa ekoran krisis geopolitik Rusia-Ukraine yang masih tidak menentu.

Penurunan harga boleh terjadi semula dengan zon RBS (resistance become support) bakal diuji semula setelah berjaya memberi sokongan untuk kenaikan harga sebelum ini.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan mendorong harga menuju pula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1822.00 dan 1815.00 sebelum kembali ke paras penting 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat