Walaupun harga emas tidak merosot parah pada dagangan Rabu semalam, namun pelabur masih berdepan risiko kejatuhan harga logam kuning itu menuju ke penghujung minggu ini.
US dolar yang mempengaruhi harga emas memberi reaksi kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dterbitkan di sesi New York semalam.
Pada mulanya US dolar nampak mengukuh pada awal data diterbitkan namun kembali berundur semula menuju penghujung sesi.
Dapat dilihat pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dihenjut ke bawah mencecah1906.00, namun kembali melantun hingga paras 1915.00.
Harga bergerak turun naik dalam julat harga tersebut sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis).
Namun, masih memberi isyarat bearish untuk emas apabila harga dilihat kekal berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Di sesi Eropah petang ini pula, harga menunjukkan corak penurunan menuju semula paras yang dicecah semalam pada 1906.00 tersebut.
Penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan dengan sasaran masih terarah pada zon tumpuan penting 1900.00.
Penganalisis menjangka bakal ada reaksi menarik dipaparkan harga ketika penurunan telah mencecah ke sekitar itu.
Namun, waspada sekiranya harga berubah arah membuat kenaikan dan melepasi halangan MA50. Ini akan menjadi isyarat awal perubahan trend.
Kenaikan harga akan kembali menghampiri paras 1920.00 dan jika ditembusi lebih tinggi, kenaikan harga bakal diteruskan menuju 1930.00 pula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG