Kenapa harga emas jatuh merudum pada penutup dagangan penghujung minggu lalu?
Pasaran ketika sesi terakhir itu memberi tumpuan pada penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Walaupun bacaan agak bercampur, namun pasaran dilihat memberi reaksi terhadap pertambahan pekerjaan yang kukuh pada bulan Mei mengatasi angka ramalan.
Justeru, pengukuhan US dolar telah kembali memberi tekanan kepada harga emas yang susut semula.
Dapat dilihat pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berlegar perlahan pada ketinggian zon 1980.00 telah menjunam hingga ke zon tumpuan sebelumnya iaitu 1950.00.
Menyambung pembukaan dagangan di awal minggu semalam, harga yang bermula di zon 1950.00 meneruskan penurunan hingga ke sekitar 1940.00.
Sesi New York menyaksikan lantunan harga emas berlaku selepas US dolar susut ekoran bacaan data tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan AS yang sedikit suram.
Dagangan bersambung pada hari ini (Selasa) memaparkan pergerakan perlahan harga emas di paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut sementara pelabur menanti petunjuk selanjutnya.
Jika lonjakan semalam berjaya diteruskan hari ini, pelabur boleh menjangkakan kenaikan untuk menuju zon rintangan 1980.00 yang turut diuji minggu lalu.
Melepasi rintangan itu akan mendorong kenaikan selanjutnya menuju paras tumpuan penting iaitu 2000.00.
Namun jika harga emas menjunam semula, paras terendah dicecah semalam berkemungkinan akan kembali dituju semula harga.
Jika tembus lebih rendah, sasaran terarah kepada paras tumpuan sebelum ini iaitu pada support 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG