Analisis GOLD – Emas Positif Di Atas Paras $2,300, Lonjakan Dijangka Berlaku Minggu Ini?

806

Pergerakan harga emas pada minggu lalu dilihat kurang memberangsangkan ketika pelabur sukar menentukan arah yang jelas buat dagangan komoditi itu ketika berdepan data-data ekonomi penting.

US dolar yang dilihat gagal untuk mengukuh selepas mesyuarat FOMC yang hawkish telah membuatkan harga emas kembali meningkat semula dari paras terendah yang dicecah pada Rabu.

Begitu juga emas menunjukkan reaksi harga yang drastik ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.

Pelabur meneliti pergerakan harga emas menerusi carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada minggu lalu.

Selepas pergerakan mendatar di awal minggu, harga mula paparkan penurunan pada Selasa dan Rabu hingga mencecah paras sekitar 2282.00.

Namun harga melonjak selepas mesyuarat FOMC mencapai ketinggian 2328.00 sebelum menuju ke penghujung minggu, harga kembali bermain di sekitar zon tumpuan 2300.00.

Ketika laporan NFP, harga dilihat melonjak ke paras 2320.00 sebelum kemudiannya menjunam mencecah sekitar 2277.00.

Harga yang kembali dibuka di sekitar 2300.00 pada permulaan minggu ini telah menunjukkan peningkatan yang melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.

Isyarat awal untuk pergerakan bullish buat emas ini akan menjangkakan kenaikan seterusnya yang berkemungkinan menuju rintangan terdahulu sekitar paras 2340.00

Untuk kenaikan lebih tinggi selepas isyarat yang lebih jelas, rekod tertinggi 2430.00 pastinya akan menjadi sasaran untuk dicabar semula.

Namun jika harga kembali berundur turun di bawah zon 2300.00, akan menjadi amaran kepada pelabur untuk risiko penurunan harga yang lebih rendah selepas ini.

Zon tumpuan terhampir untuk penurunan harga dilihat pada sekitar 2770.00 setelah kali terakhir harga didagangkan di sekitar itu pada awal April lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat