Analisis GOLD – Emas Sedikit Susut Selepas Laporan NFP Terbit

697

Terdapat sedikit peningkatan pada harga emas di awal sesi Eropah hari ini selepas pergerakan menurun di sesi Asia menyambung corak penurunan di penghujung minggu lalu.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah menyentuh paras ketinggian pada 1950.00 sebelum susut semula di penghujung minggu.

Tiada pergerakan ketara terhadap harga selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan ekoran bacaan yang agak bercampur.

US dolar sedikit susut dan menekan harga emas untuk turun, namun pada momentum yang lemah.

Isyarat awal untuk pergerakan trend bearish dilihat selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Pergerakan menurun harga emas bersambung pada sesi Asia pagi ini namun pada sesi Eropah, harga sedikit meningkat menguji halangan MA50.

Sekiranya harga gagal melepasi halangan tersebut dan membuat penurunan semula paras sokongan pada zon 1900.00 akan kembali diuji pada minggu ini pula.

Zon support tersebut telah berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga pada minggu lalu dan juga pertengahan Mac.

Sekiranya harga berjaya tembus lebih rendah, jangkaan penurunan yang diteruskan akan menuju ke paras tumpuan 1870.00 atau lebih rendah pada 1850.00.

Sebaliknya jika kenaikan harga berterusan ke sesi New York, rintangan pada 1950.00 akan diuji untuk harga atasi ketinggian minggu lalu.

Kenaikan yang diteruskan bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada 1970.00 sebelum harga emas akan kembali mensasarkan ketinggian pada 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat