Dagangan emas masih bergelut untuk meneruskan pemulihannya apabila harga kembali susut ketika sesi-sesi terakhir minggu lalu.
Susulan reaksi acara pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang telah memihak kepada Donald Trump, pelabur telah menyaksikan permulaan terjunan harga emas pada Rabu.
Memerhati pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menjunam hingga mencecah sekitar 2643.00 sebelum melantun semula pada Khamis.
Namun, kenaikan harga terbatas setakat paras 2710.00 sahaja sebelum mula perlahan beransur turun pada dagangan Jumaat lalu hingga berakhir sekitar 2685.00.
Isyarat bearish diperhatikan pada pembukaan dagangan awal minggu ini apabila di sesi Asia pagi ini (Isnin), harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Harga kemudiannya mendatar di paras 2670.00 sehingga bersambung pada dagangan awal sesi Eropah.
Penurunan harga emas dijangka bakal dilanjutkan untuk mengatasi paras dicecah minggu lalu sebelum catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.
Sasaran untuk penurunan adalah menuju zon sokongan harga pada sekitar 2600.00.
Namun jika harga emas berjaya melonjak kembali selepas ini, paras 2710.00 sebelum ini menjadi tumpuan untuk diatasi.
Kenaikan lebih tinggi diteruskan dilihat akan menuju beberapa sasaran yang lebih tinggi sebelum ini sebelum mencapai rekod sejarah pada 2790.00 yang telah dicatatkan.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK