Menyambung dagangan pada Rabu semalam, emas semakin susut selepas pergerakan di sesi Asia mendatar di paras rintangan $1,800.
Pengukuhan US dolar pada minggu ini melenyapkan semula keuntungan yang dicapai oleh emas pada dagangan minggu sebelum ini selepas lonjakan pada Jumaat lalu telah mencapai paras ketinggian $1,834.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah susut sejak awal minggu sehingga mencecah paras terendah minggu ini pada sesi New York semalam sekitar 1783.00 sebelum bergerak perlahan ke penghujung sesi di atas paras tersebut.
Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga masih bergerak mendatar sebelum kenaikan dilihat berlaku pada awal sesi Eropah untuk harga menuju semula ke zon rintangan 1800.00.
Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga bakal diuji untuk isyarat arah pergerakan harga emas yang selanjutnya.
Jika kenaikan gagal diteruskan, harga bakal meneruskan lagi siri penurunan harga lebih rendah dengan jangkaan paras sokongan pada 1765.00 dan juga paras 1745.00 bakal menjadi antara zon tarikan harga.
Namun jika harga berjaya melonjak di atas paras 1800.00 dan juga melepasi halangan 1800.00, pelabur akan melihat sebagai isyarat awal trend bullish buat dagangan emas.
Kenaikan harga bakal menguji paras tumpuan sekitar 1810.00 terlebih dahulu sebelum menuju ke zon rintangan 1830.00 yang diuji pada penghujung minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan dengan paras sasaran adalah pada zon harga 1850.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG