Analisis GOLD – Emas Susut Untuk Hari Kedua Selepas Lonjakan Penghujung Minggu Lalu

1,687

Dagangan emas menyambung penyusutan pada hari kedua selepas gagal meneruskan lonjakan pada pembukaan dagangan di awal minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penutup dagangan minggu lalu harga emas mencapai paras ketinggian terbaru 4 minggu sekitar 1834.00.

Namun pada Isnin semalam, pergerakan harga lebih pasif menunjukkan penurunan semula dengan paras terendah harian mencecah 1821.50.

Walaupun harga dilihat cuba pamerkan kenaikan pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), namun harga dilihat menyambung penurunan semula sehingga bersambung pada dagangan ke sesi Eropah menuju zon tumpuan 1810.00.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD mula memberi isyarat awal pergerakan bearish buat dagangan emas.

Penurunan lanjut harga berkemungkinan akan menguji paras sokongan pada zon penting 1800.00 sebelum ini untuk petunjuk arah pergerakan harga seterusnya.

Harga yang menjunam di bawah zon 1800.00 akan mendorong penurunan sehingga mencecah ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1765.00 dan juga 1745.00.

Namun jika penurunan di awal minggu sekadar pembetulan harga, kenaikan harga akan dijangkakan semula untuk melepasi zon rintangan 1830.00.

Seterusnya, paras ketinggian pada zon rintangan 1850.00 akan menjadi tarikan buat harga pada kenaikan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat