Pelabur emas terpaksa berputih mata pada dagangan pembukaan Ogos semalam ketika menyaksikan prestasi suram komoditi berharga itu yang merosot.
Berlaku kejatuhan harga sehingga ke penghujung sesi New York yang membawa petanda berisiko kepada pelabur untuk dagangan emas.
Ini didorong oleh faktor pengukuhan US dolar yang masih berterusan, namun harga emas sedikit pulih di sesi Asia hari ini (Rabu) ekoran momentum US dolar yang agak terbantut.
Jika diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang jatuh mencecah 1941.00 semalam telah kembali berlegar semula di paras 1950.00 hari ini.
Namun pergerakan harga yang perlahan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang masih memberi isyarat bearish itu, belum cukup untuk melegakan pelabur lagi.
Harga masih berisiko untuk alami kejatuhan lagi pada sesi-sesi berikutnya mengatasi paras dicecah semalam.
Namun, pergerakan harga di sesi New York sebentar lagi akan dipacu oleh terbitan laporan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS).
Sekiranya harga menjunam lebih rendah, perhatikan pada zon 1930.00 yang dijangka akan memberi reaksi untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Jika tembus lebih rendah, harga emas berisiko untuk jatuh sehingga ke sekitar 1920.00 yang sebelum ini turut menjadi tumpuan buat harga.
Namun jika harga cemerlang membuat kenaikan di atas paras 1950.00, pemulihan harga akan kembali ke ketinggian pada Jumaat lalu sekitar 1972.00.
Jika rintangan tersebut berjaya diatasi, harga akan menuju pula zon rintangan penting dagangan Julai iaitu pada 1980.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG