Tak semena-mena harga emas naik melambung dalam masa satu hari pada dagangan Jumaat, minggu lepas. Apa terjadi?
Memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kejutan disajikan pada minggu lalu sejak pembukaan hingga ke penutupnya.
Di awal minggu, harga telah dibuka lebih tinggi ekoran tempias konflik Timur Tengah yang melanda.
Namun, ‘gap’ harga itu masih tidak berjaya ditutup sehingga ke penghujung minggu apabila harga terus mencanak naik ke puncak.
Walaupun mata wang US dolar mengukuh di penghujung minggu, namun tidak berjaya memberi tekanan kepada emas seperti situasi kebiasaannya, sebaliknya tarikan terhadap aset safe-haven itu mendorong harga capai paras tertinggi 3 minggu.
Pada Khamis, harga papar penurunan dari paras 1885.00 ke sekitar zon 1870.00 ketika reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan.
Namun pada Jumaat, harga emas tidak sambung turun lebih rendah sebaliknya berpatah arah membuat kenaikan semula dan lonjakan berterusan sehingga ke sesi terakhir minggu tersebut.
Dari sekitar 1870.00, harga emas melonjak tembusi paras 1900.00 sehingga ketinggian terbaru mencapai pada 1930.00.
Menyambung pembukaan dagangan awal minggu ini, corak penurunan semula dipamerkan ke paras sekitar 1908.00 setakat sesi Eropah.
Namun, trend kekal bullish di mana harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Sekiranya pergerakan bullish minggu lalu dikekalkan lagi, harga boleh naik semula di atas paras 1920.00 sebelum catatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.
Sasaran lebih tinggi untuk emas adalah mencapai paras 1950.00 setelah kali terakhir harga menguji paras itu pada awal September yang lalu.
Sementara, jangkaan untuk penurunan pula dilihat akan memberi reaksi pada sekitar paras 1900.00 dengan penurunan yang diteruskan akan menguji paras 1885.00.
Susut di bawah sokongan MA50 akan menjadi tanda amaran kepada pelabur untuk kejatuhan semula harga emas selepas itu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG