Dagangan emas menunjukkan pemulihan perlahan pada pembukaan awal minggu ini untuk kembali menghampiri semula paras $2,600 selepas kejatuhan lebih rendah minggu lalu.
Faktor pengukuhan US dolar yang berterusan dilihat turut memberi impak berpanjangan terhadap nilai emas yang berubah dari prestasi cemerlangnya sebelum ini.
Untuk 2 minggu berturut-turut harga emas alami kejatuhan setelah memecah rekod tertinggi sepanjang masa di penghujung Oktober lalu mencapai ketinggian $2,790.
Namun, sehingga minggu lalu harga emas telah menjunam mencecah paras $2,540.
Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar yang masih mengekalkan corak pergerakan menurun.
Isyarat awal perubahan trend diperhatikan di awal minggu ini selepas harga yang mula berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu dan mula menunjukkan kenaikan.
Di sesi Asia pagi ini, harga membuat kenaikan menghampiri paras 2600.00, namun berundur turun semula ke sekitar 2580.00.
Pelabur masih menantikan petunjuk lebih jelas untuk menilai arah pergerakan harga emas yang selanjutnya.
Sekiranya berjaya kenaikan melepasi paras 2600.00, akan menguatkan lagi jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi selain isyarat untuk pergerakan trend bullish bermula.
Sasaran kenaikan harga adalah pada zon 2650.00-2670.00 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan sebelum ini.
Namun tidak mustahil untuk harga emas susut semula pada sesi-sesi selepas ini dan menyambung kembali corak penurunan minggu lalu.
Penurunan harga dijangkakan untuk menuju zon 2540.00 seperti yang diuji pada minggu lalu sebelum melanjutkan lagi penurunan lebih rendah melepasi 2530.00 pula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG