Analisis GOLD – FOMC Penyelamat, Emas Kembali Sasar Paras $2,000

768

Keputusan mesyuarat FOMC pada awal tadi telah menyelamatkan nilai emas daripada terjerumus ke lembah yang lebih dalam.

Selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.00%, pelabur menghadam isyarat dovish yang telah disampaikan oleh Pengerusi Jerome Powell.

Kenaikan kadar faedah berkemungkinan hanya akan dinaikkan sekali sahaja lagi sehingga penghujung 2023 menunjukkan isyarat pengakhiran fasa pengetatan, namun bank pusat tidak akan melaksanakan pemotongan kadar faedah.

Situasi yang mendorong penyusutan US dolar itu telah memberi kesan positif pada dagangan aset emas yang kembali meningkat semula.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar yang diperhatikan semalam, pada mulanya harga telah turun di bawah paras 1950.00 dan perlahan di sekitar 1935.00.

Namun selepas menguji paras 1950.00, harga akhirnya melonjak kesan reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat FOMC, mencapai ketinggian 1978.00.

Dengan lonjakan dan juga pergerakan harga yang telah berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat bullish untuk emas.

Harga dilihat akan kembali menuju semula ke paras tumpuan 2000.00 yang dicapai pada awal minggu ini yang masih menjadi rintangan buat emas.

Jika berjaya tembusi, sasaran seterusnya adalah untuk mencapai ketinggian 2070.00 yang terakhir kali disentuh pada dagangan Februari 2022 lalu.

Namun jika situasi berubah, tidak mustahil pelabur akan menyaksikan harga emas menjunam semula pada dagangan penghujung minggu ini.

Penurunan semula harga di bawah 1950.00 dan melepasi sokongan MA50 akan menjadi isyarat bagi perubahan trend bearish.

Seterusnya harga akan menyusur turun menuju paras tumpuan sebelum ini sekitar 1900.00 hingga 1870.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat