Analisis GOLD – Harga Bakal Turun Lebih Rendah Lagi?

1,198

Dagangan emas pada minggu ini tidak begitu menggembirakan para pelabur dengan pergerakan harga dilihat masih mendatar mencari arah yang lebih jelas.

Sentimen pasaran masih lagi bercampur-campur di antara perkembangan ujian vaksin dan peningkatan kes jangkitan Coronavirus.

Sekiranya laporan perkembangan vaksin terus perlahan dan suram sementara peningkatan kes jangkitan virus berterusan, pelabur akan mula beralih pada aset safe-haven.

Harga emas mula menunjukkan kenaikan pada dagangan hari ini selepas penurunan awal harga di sesi Asia menguji paras sokongan 1875.00 pada carta XAU/USD.

Harga masih menunjukkan peningkatan di sesi Eropah dan akan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Harga yang masih bergerak di bawah paras 1900.00 membuatkan pelabur menjangka harga akan turun ke paras lebih rendah.

Paras sokongan harga pada penurunan lebih rendah dilihat pada support 1850.00 yang diuji pada terjunan harga awal minggu lalu.

Namun jika sentimen pasaran semakin berisiko membuatkan harga emas terus meningkat, harga yang melepasi paras 1900.00 akan menguji pula zon resistance sekitar 1910.00.

Kenaikan lebih tinggi akan berdepan rintangan pada zon SBR (support become resistance) 1938.00 sebelum seterusnya ke resistance 1960.00

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat