Pelabur emas terpaksa menahan debaran pergerakan harga emas yang masih berkecamuk minggu ini turun naik harga yang tak terjangka.
Situasi ini dapat dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar ketika pelabur sedang memerhatikan petunjuk arah yang lebih jelas.
Dengan menilai pergerakan US dolar yang mempengaruhi harga emas, berlaku pengukuhan mata wang itu di awal sesi New York yang disokong oleh kenyataan ahli Federal Reserve (Fed) yang cenderung hawkish untuk dasar monetari mereka.
Pada mulanya, harga dilihat membuat kenaikan untuk menembusi zon penting 1900.00.
Setelah mencapai sekitar paras 1904.00, harga kemudiannya ketara menjunam semula di bawah 1900.00 dan mencecah paras 1889.00.
Setelah itu, harga yang turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut kembali melantun semula menuju dagangan penghujung sesi New York.
Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Rabu), harga yang dibuka di bawah zon 1900.00 berjaya memaparkan kenaikan melepasi 1900.00 dan mengatasi ketinggian dicapai semalam.
Sekiranya kenaikan diteruskan lebih tinggi, sasaran harga adalah untuk mencapai semula 1920.00 selepas paras 1910.00 berjaya diatasi.
Pergerakan harga tersebut juga menunjukkan trend bearish minggu lalu telah berubah.
Sebaliknya, jika harga emas menjunam semula di bawah zon 1900.00, pelabur akan bersedia untuk kejatuhan semula seperti minggu-minggu sebelum ini.
Penurunan harga dilihat akan kembali menguji semula paras sokongan 1885.00 yang telah diuji beberapa kali sejak minggu lalu dan awal minggu ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG