Menepati ramalan penganalisis, harga emas akhirnya telah berjaya mencapai paras $2,000 setelah corak kenaikan berjaya dikekalkan sehingga semalam.
Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan kenaikan harga berterusan sejak minggu lalu.
Harga emas berjaya melonjak di awal sesi New York semalam menembusi paras 2000.00 sebelum minit mesyuarat FOMC yang diteliti awal pagi tadi membuatkan harga berundur semula di bawah paras penting tersebut.
US dolar sedikit pulih berikutan ahli mesyuarat masih mempertimbangkan untuk kenaikan kadar faedah jika keadaan memerlukan, namun dalam masa terdekat ini dasar monetari Federal Reserve (Fed) dijangka akan dikekalkan dahulu.
Setelah berlegar di sekitar paras 1996.00, harga emas kembali paparkan kenaikan semula melepasi sedikit paras 2000.00 pada awal sesi Eropah hari ini (Rabu).
Reaksi harga pada zon penting 2000.00 ini masih lagi akan diperhatikan dengan teliti oleh para yang akan menilai arah pergerakan harga selanjutnya buat emas.
Sekiranya harga memaparkan lonjakan bertenaga, kenaikan ke paras lebih tinggi dijangka akan menuju sehingga ke paras ketinggian sekitar 2030.00.
Ini akan menjadikan paras tertinggi emas yang dicapai sejak dagangan Mei yang lalu.
Namun sekiranya harga emas gagal untuk bertahan di atas zon 2000.00, waspada dengan petanda-petanda untuk kejatuhan harga semula.
Harga yang susut di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu akan menjadi petunjuk awal perubahan trend bearish.
Penurunan harga bakal melepasi zon 1980.00 sebelum diteruskan menuju pula sekitar 1920.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG