Analisis GOLD – Harga Emas ‘Jinak’ Seketika Bawah Paras $2,050

1,151

Dagangan emas terhenti seketika semalam daripada meneruskan kenaikan yang berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ini disebabkan oleh faktor pemulihan semula US dolar pada dagangan Rabu semalam yang disokong oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York.

Bacaan data terbaru untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS catatkan pertumbuhan meningkat berbanding ramalan dan juga angka terdahulu.

Ini telah menghadkan kejatuhan berterusan nilai US dolar yang telah sedikit pulih dari paras terendah 3 bulan.

Namun penganalisis kekal memberi amaran untuk berwaspada pada penutup dagangan November ini sementara beberapa lagi data ekonomi AS akan diperhatikan hari ini.

Memerhati pergerakan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mencapai ketinggian pada 2050.00 di awal sesi Asia semalam.

Namun, paras tersebut menjadi rintangan terbaru yang gagal diatasi harga pada dagangan yang bersambung pada sesi-sesi berikutnya.

Pergerakan harga mendatar di bawah zon 2050.00 sehinggalah bersambung pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis).

Pun begitu, pergerakan harga dilihat masih pada trend bullish walaupun corak kenaikan sedikit terbantut, berikutan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Pelabur sedang menunggu isyarat sama ada harga mampu melonjak menembusi rintangan 2050.00 selepas ini.

Jika berlaku, harga emas akan catatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan sasaran akan beralih pada 2070.00.

Namun jika paras 2050.00 gagal diatasi sebaliknya harga paparkan penyusutan di bawah sokongan MA50, ini akan menjadi petanda amaran untuk kejatuhan emas.

Harga boleh jatuh lebih rendah melepasi 2030.00 sebelum mencecah semula ke zon tumpuan sebelum ini iaitu pada 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat