Harga emas melonjak semula pada dagangan Jumaat lalu susulan faktor penyusutan US dolar ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) telah diterbitkan.
Pertambahan pekerjaan AS pada Julai catat angka yang suram, tidak mencapai ramalan selain bacaan pada bulan sebelumnya juga telah dikemaskini menurun.
Menjadi tumpuan bagi Federal Reserve (Fed) untuk penetapan dasar monetari, tumpuan bakal beralih pula kepada terbitan data inflasi AS minggu ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan harga pada mulanya menjunam dahulu sebelum melonjak ketika laporan tersebut diterbitkan.
Harga yang mendatar perlahan sekitar 1932.00 kemudiannya turun mencecah dahulu paras 1926.00 untuk rekod terendah harga 3 minggu sebelum kemudiannya melonjak.
Disebabkan penyusutan US dolar, harga emas telah mencapai ke paras 1947.00 setelah lonjakan juga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu untuk isyarat bullish.
Namun, bersambung pada pembukaan minggu kedua bulan Ogos ini, harga menunjukkan penyusutan awal menguji sokongan MA50 di sekitar 1937.00.
Jika harga berjaya melantun semula untuk menyambung lonjakan penghujung minggu lalu, kenaikan harga emas akan mensasarkan untuk mencapai 1950.00 semula sebagai paras sasaran.
Jika berjaya tembus lebih tinggi, harga bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti sekitar 1970.00 atau zon rintangan pada 1980.00.
Sebaliknya jika harga emas menjunam lebih parah minggu ini, pelabur akan perhatikan sama ada harga melepasi paras terendah minggu lalu atau tidak.
Paras lebih rendah adalah pada sekitar 1920.00 untuk diuji jika penurunan diteruskan selain harga akan catatkan paras terendah terbaru 4 minggu sebelum sasaran beralih kepada 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG