Analisis GOLD – Harga Emas Mendatar Gagal Beri Arah Lebih Jelas

853

Emas didagangkan suram pada Rabu semalam dengan pergerakan mendatar dan perlahan harga untuk beberapa sesi sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis).

Pelabur masih menantikan arah harga yang lebih jelas pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menuju dagangan penghujung minggu ini.

Sentimen pasaran yang berisiko dipengaruhi oleh laporan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang mengumumkan sekatan baru terhadap Rusia melihatkan konflik perang Rusia-Ukraine itu masih tegang.

Eropah juga masih dalam perbincangan untuk menyekat arang batu Rusia namun belum mendapat persetujuan oleh pemimpin-pemimpin.

Sentimen risk-off buat masa ini dilihat akan menyokong peningkatan nilai emas sebagai aset safe-haven.

Namun, dihalang oleh faktor pengukuhan US dolar selepas komen hawkish oleh Timbalan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Lael Brainard berkenaan dasar monetari. Minit FOMC yang menjadi tumpuan pada awal pagi tadi juga turut meyakinkan pasaran untuk pengetatan dasar oleh Fed.

Justeru, harga emas gagal meningkat lebih tinggi pada carta XAU/USD ekoran ditekan oleh pengukuhan US dolar.

Isyarat bearish buatkan pelabur berwaspada untuk kejatuhan emas ekoran harga bergerak mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan lebih rendah dilihat bakal menuju ke zon support pada 1900.00 untuk trend bearish harga yang lebih jelas.

Sekiranya harga terus susut lebih rendah melepasi paras 1900.00 tersebut, sasaran harga selanjutnya bakal menguji zon sekitar 1870.00 pula.

Namun jika harga emas menunjukkan kenaikan di penghujung minggu, rintangan pada 1950.00 akan kembali diuji semula seperti situasi minggu lalu.

Jika harga berjaya lepasi rintangan tersebut, zon SBR (support become resistance) pada 1970.00 bakal menjadi tumpuan harga untuk diuji.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat