Analisis GOLD – Harga Emas Menjunam Sehingga Ke Paras $1,700

1,613

Seperti yang dibimbangkan oleh pelabur emas, nilai logam kuning berharga tersebut telah susut sehingga ke paras $1,700.00 untuk dagangan setakat sesi Eropah pada Selasa.

Sejak sesi New York semalam lagi, harga emas telah pamerkan kejatuhan nilai yang ketara susulan tekanan oleh pengukuhan US dolar selepas hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pamer lonjakan semula.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga telah bergerak lebih rendah di bawah paras 1720.00 pada sesi New York semalam.

Sebelum ini, harga telah bergerak dalam julat harga 1745.00-1720.00 untuk 6 hari berturut-turut.

Setelah harga susut sehingga ke paras 1705.00 semalam, penurunan harga diteruskan lagi pada sesi Asia dan Eropah pada hari ini menguji semula zon sokongan 1700.00.

Harga emas kini dilihat semakin tertekan sementara beberapa faktor sedang menyokong pengukuhan US dolar.

Selain sentimen pasaran berisiko, hasil bon 10-tahun AS telah melonjak memecah rekod tertinggi yang baru selepas mengatasi paras 1.75 yang dicapai pada minggu lalu.

Penurunan yang diteruskan akan menguji pula paras sokongan 1680.00 yang diuji harga awal dagangan Mac lalu.

Harga yang turun lebih rendah melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 11 bulan.

Sekiranya harga berjaya melonjak semula, paras rintangan awal yang akan diuji adalah pada 1720.00 selain halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Melepasi halangan MA50 tersebut akan kembali beri isyarat untuk trend bullish harga semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat