Pergerakan harga emas agak bercampur pada dagangan Rabu semalam menyaksikan berlaku turun naik harga khususnya pada sesi New York.
Pun begitu, tarikan terhadap emas sebagai aset safe-haven masih ada menyaksikan kenaikan harga emas masih diperlihatkan sehingga bersambung pada hari ini (Khamis).
Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Penurunan harga yang berlaku semalam dilihat mencecah sekitar 1963.00 sebelum harga kembali berlegar semula di zon 1980.00.
Penganalisis menilai pergerakan harga yang mendatar seketika namun masih dalam trend bullish di mana harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Corak kenaikan harga diteruskan pada hari ini namun memaparkan momentum yang perlahan menuju ke paras sasaran 2000.00.
Paras 2000.00 hampir dicapai harga pada dagangan Jumaat lalu ketika trend bullish dikekalkan, namun bermula awal minggu ini, harga mula bergerak mendatar.
Kenaikan harga emas dijangka akan menguji paras 2000.00 dan jika berjaya ditembusi, paras ketinggian baru akan dicatatkan dengan sasaran seterusnya adalah untuk mencapai 2050.00.
Namun jika berlaku penurunan harga semula, susut di bawah 1980.00 akan menguji paras sokongan MA50 untuk isyarat perubahan trend.
Harga jatuh lebih rendah akan mensasarkan ke zon 1950.00 semula seperti dagangan pada Selasa lalu.
Penurunan yang lebih rendah diteruskan akan menjangkakan pergerakan trend bearish bermula buat emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG